Tuesday, March 27, 2012

PERTEMUAN YANG TIDAK DI RANCANG

Pada 15 Mac 2012 yang lalu penulis menghadiri majlis kenduri kahwin adik kepada seorang rakan. Selesai menikmati hidangan secara 'buffet', penulis berehat di bawah pokok berhampiran sambil berbual-bual dengan beberapa rakan lain yang hadir. Seorang rakan memperkenalkan seorang tetamu yang sama-sama duduk di bawah pokok, katanya rakan itu pun ahli radio amatur juga. Setelah bersalam barulah tahu rupanya rakan itu adalah 9W2ICD Cikgu Shidi yang pernah saya QSO dengan beliau di repeater PERAMAH pada malam 31 Januari 2010 dulu. Tak sangka pertemuan di udara membawa pula pertemuan di daratan, terasa begitu kecil dunia ini. Mudahlah nanti kalau nak ke Cameron Highland, sudah ada rakan radio amatur menunggu di sana.

9W2KMC & 9W2ICD

Saturday, February 4, 2012

AL FATIHAH .. 9W2BB KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pagi ini penulis dikejutkan dengan berita sedih, rakan ham Pulau Pinang 9W2BB atau lebih dikenali sebagai Pak Din telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.00 pagi ini 05 Februari 2012. Penulis mendapat berita ini semasa qso di lokal Jerai dengan 9W2TNY yang mendapat berita dari 9M2PZ. Takziah kepada keluarga arwah Pak Din, semoga bersabar menghadpi dugaan ini.

Wednesday, February 1, 2012

LAMA TIDAK KEMASKINI BERITA SEMASA

Pejam celik pejam celik sedar tak sedar sudah menjangkau sembilan bulan tidak kemaskini laman ini. Berbagai-bagai hal berlaku sepanjang tempoh tersebut. Dalam tempoh itu juga penulis telah berpindah ke base station baru di Sungai Lalang. Walau sudah tiga bulan di lokasi baru, namun belum berkesempatan menaikkan antenna base lagi. Sekadar memantau saja di mana-mana frekuensi ASTRA. Kedengaran pasukan biro repeater yang diketuai oleh Pak Rahim 9M2RR sedang berusaha keras menyelenggara dan membaikpulih serta set semula frekuensi pengulang. Setakat ini yang telah diusahakan ialah di Pandangan Indah, Larut dan Gunung Raya Langkawi. Frekuensi terkini pengulang Larut telah ditukar menggunakan frekuansi lama Brinchang kepada 146.625, -600 dan T 103.5 dan repeater Brinchang pula menggunakan frekuansi lama Larut 147.925. Pada 01 Februari 2012 pasukan ini telah menjalankan kerja pembaikan di repeater Gunung Raya.

Lama tidak melayari laman web Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia (ASTRA), rupa-rupanya telah berubah wajah baru. TAHNIAH kepada pengurusan ASTRA yang baru di atas kecekapan mengemaskini maklumat. Antara yang menarik ialah tawaran rebet dana repeater, bayaran seumur hidup sebanyak RM 100.00 sehingga 25 Februari 2012, lebih kurang 3 minggu dari sekarang. Proses bayaran adalah mudah, bayar ke akaun bank ASTRA dan email maklumat bayaran atau scan slip bank kepada admin. Semoga dengan sumbangan ini kita boleh kembali berhubung ke seluruh Malaysia seperti dulu.

Thursday, April 7, 2011

EYEBALL PERTAMA DENGAN 9W2HHT

Pertemuan pertama yang tidak dijangkakan dengan Tew Han Chie @ 9W2HHT berlaku pada 6.53 petang 07.4.2011 di tempat kerja Krie 9W2CRE. Pertemuan itu disertai oleh Cikgu Shabri 9W2OCA yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Bedong dari tempat kerja. Suatu yang menarik ialah sempat membelek antenna mobil quater wave buatan sendiri kepunyaan Tew .




Tew menerangkan ciri-ciri antenna mobilnya.

9W2CRE @ Krie

Cikgu Shabri membelek dengan teliti antenna buatan Tew

9W2HHT @ Tew





Tuesday, March 1, 2011

SEMAK CALLSIGN

Cara mudah untuk menyemak callsign .... http://callsign.ashamradio.com/

Saturday, January 1, 2011

BERKUNJUNG KE BASE STATION 9W2OLC


Begitu cepat masa berlalu, sedar-sedar sudah lama benar laman ini tidak dikemaskini. Dengan kesuntukan masa dan kekurangan idea menyebabkan laman ini tertinggal begitu lama. Sempena cuti tahun baru dan semasa dalam perjalanan ke Arau untuk menghantar anak masuk kembali ke pusat pengajian, penulis sempat singgah sebentar di 'base station' 9W2OLC handle operator Ahmad Sofberi atau lebih mesra dengan panggilan Che Mad. Dari jauh sudah kelihatan menara pemancar repeater RELA Kubang Pasu yang ketinggiannya melepasi pokok kelapa di sekeliling kampung. Penulis sempat meninjau peralatan repeater RELA Kubang Pasu yang amat baik sekali pemasangannya. TAHNIAH kepada Che Mad dan rakan2 RELA di atas pencapaian yang amat membanggakan. TAHNIAH juga kepada Pak Chot 9W2PCS di atas daya kreativiti merekabentuk dan membina menara pemancar yang sungguh menarik dan praktikal.

Sunday, July 25, 2010

BERUBAH SELERA DARI VHF KE HF

Di satu pagi yang cerah tiba-tiba muncul jajaka tampan segak bergaya di 'saltmine' penulis. Teringat pernah bertemu sekali dengan belaiu di Jitra 2 tahun lepas, rupa-rupanya orang lama dalam radio amatur iaitu 9W2LM - Mohamad Rashid Md Isa, Bujang.Tajuk perbualan pastinya berkisar mengenai aktiviti radio amatur terutamanya perubahan selera terkini dari VHF ke HF. Bila sebut 10m HF pasti nama penggiat utama 10m QRP di utara ini iaitu 9W2DI timbul. Walaupun kos mendapatkan set radio HF all mode agak tinggi juga namun semangat untuk menceburi bidang HF membuatkan rakan2 di Alor Setar berpakat "main kutu". Dan pada hari bertuah 21.7.2010 yang lalu diadakan penyampaian set radio HF jenama YAESU FT-817ND yang rakan2 memanggil set radio ND Lala. Terima kasih kepada Pak Yob 9W2TJG yang berusaha menjadi taukeh kutu set ND Lala.



Sunday, July 4, 2010

VUVUZELA @ AFRIKA SELATAN

Belum pernah lagi sepanjang ingatan penulis menonton perlawanan bola sepak melalui skrin TV begitu bingit dengan bunyi tiupan trumpet atau "vuvuzela" dalam istilah Afrika. Malam pembukaan perlawanan dimana Afrika Selatan membuka tirai bertemu Mexico, suasana begitu bingit sekali dengan tiupan vuvuzela bagaikan lalat menghurung bangkai dan ianya bukanlah sejenis alat muzik. Sukar digambarkan bagaimana suasana di dalam stadium bila ribuan peminat bola sepak meniup secara serentak dan berterusan, apa yang didengari seperti kumpulan lebah yang besar. Walau apa pun itulah keistimewaan sesebuah negara penganjur, dengan identiti tersendiri.

Jadual pertandingan boleh dilihat di sini.



Vuvuzela yang membingitkan suasana sepanjang perlawanan bola sepak di Afrika Selatan

Monday, June 21, 2010

JALAN JALAN MAKAN ANGIN DI KELANTAN DARUL NAIM


Cuti sekolah yang lalu penulis bersama keluarga sempat meluangkan masa bersama adik Ishak Mat 9W2IMR berkonvoi ke rumah adik Ismail Mat, di Negeri Che Siti Wan Kembang , Kelantan Darul Naim. Beliau bertugas di New Straits Times, Kota Bahru sejak lebih empat tahun lalu. Penulis menunggu ketibaan adik Ishak dari kampung yang melalui jalan Jitra - Gurun - Jeniang - Batu 5 Sik - Parit Panjang di Pekan Kuala Pegang. Memandangkan agak lama lagi hendak menunggu, terus ke Pekan Kupang pekena nasi kandar dulu sebagai pengalas perut sebelum berjalan jauh. Selesai mengalas perut berpatah balik pula ke Pekan Kuala Pegang menanti ketibaan 9W2IMR yang muncul setengah jam kemudian.Selesai bersalaman kami meneruskan perjalanan melalui jalan raya timur barat ikut laluan Kuala Pegang - Kg. Tiak - Gerik.Terdapat dua laluan pilihan jalan ke Gerik. Samaada ikut jalan Kuala Pegang-Baling-Pengkalan Hulu-Klian Intan-Gerik sejauh 65 km atau jalan Kuala Pegang-Kampung Tiak-Gerik sejauh 51 km.

Laluan Kuala Pegang - Kg. Tiak - Gerik = 51 km

Laluan Kuala Pegang - Baling - Pengkalan Hulu - Gerik = 65km

Cuaca cerah dari Kedah hingga ke hentian Pandangan Indah Titiwangsa memudahkan pemanduan. Sudah menjadi kebiasaan pemandu pemandu yang melalui jalan timur barat untuk singgah di kawasan hentian rehat Pandangan Indah Titiwangsa untuk menikmati pemandangan dari puncak banjaran Titiwangsa dan menghirup udara dingin sambil menjamu selera di Restoran Amiza Titiwangsa. Semasa kami tiba di sana sekitar jam lima petang, cuaca masih cerah lagi. Penulis sempat memantau rakan-rakan radio amatur Kedah sedang QSO dengan rakan-rakan di Kelantan melalui repeater Pandangan Indah 9M4RPI. Pancaran dari repeater Lokal Jerai 9M4LGJ, repeater 9M4RPT dan repeater Gunung Jerai dapat diterima dengan jelas. Tidak berapa lama cuaca cerah bertukar kepada kabus yang semakin lama semakin tebal dan tidak lama kemudian hujan pun turun.


Repeater ASTRA di puncak Pandangan Indah Titiwangsa

9W2IMR (kiri) dan 9W2KMC (kanan)
Kebetulan semasa hendak mula meneruskan perjalanan ke Jeli kami ternampak sebuah Perdana hitam berantenna dan bercallsign 9W2KSL. Kami meneruskan borak simplek dengan harapan rakan dalam Perdana tersebut scan perbualan kami. Tekaan kami tepat, tidak lama kemudian 9W2KSL kontek. Bermula dengan salam perkenalan di udara membawa kepada bersalaman kontek perdana di stesen Petronas Bukit Bunga.Sememangnya seronok berkunjung ke Negeri Kelantan, lebih-lebih lagi Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Barangan yang dijual di bazar Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor agak mahal juga, mungkin peniaga mengambil kesempatan dari ramai pelancong yang datang berkunjung ke sana. Peniaga pula jual mahal, jangan harap nak minta tawar kata mereka harga tetap. Biarlah kerana kita tahu barang yang sama boleh dibeli murah setengah harga di Jitra.

Penulis tidak berminat sangat hendak membeli belah, tetapi lebih berminat melihat suasana yang ramai dan aktiviti menyeberangi Sungai Golok yang menjadi sempadan kedua negara Malaysia dan Thailand. Bagi penduduk tempatan tiada sempadan bagi mereka. Mereka bebas menyeberangi Sg. Golok bila-bila masa sahaja dengan tambang seringgit.




Tuesday, June 8, 2010

FREKUENSI BARU REPEATER KUMPULAN ASTRA

Mencari merata-rata senarai frekuansi baru tak juga jumpa, rupa-rupanya ada disebelah rumah saja. Pada semua rakan yang masih tercari-cari frekuensi repeater kumpulan ASTRA bolehlah merujuk pada bahagian bawah muka depan laman web Sungai Petani Ham Radio @ sphamradio

Sumber : Laman blog Radio Amatur Baling

Monday, May 31, 2010

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE) SIRI 2/2010

Tinggal tak berapa hari lagi untuk peperiksaan radio amatur (RAE) Siri 2/2010 yang akan diadakan pada 30 Jun 2010 Jam 2.00 petang. Sebagai persediaan kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan tersebut bolehlah merujuk kepada beberapa sumber berikut.

Contoh soalan RAE Malaysia

http://hbcr-kembaradotnet.blogspot.com/2009/08/contoh-soalan-soalan-peperiksaan-radio.html


Garispanduan Radio Amatur

PERUBAHAN FREKUENSI REPEATER

Frekuensi pada stesen pengulang (repeater) telah bertukar lagi. Frekuensi repeater lokal Sg. Petani yang dulunya 146.950MHz telah ditukarkan kepada 147.6125MHz dengan -600 dan tone 85.4 sama seperti dulu. Pada yang kurang mahir untuk menukar setting radio ICOM IC-2200 dan ICOM V8000 bolehlah cuba mengikuti langkah berikut (dari laman web AKRAB BACHOK )

Untuk panduan rakan yang belum berkemahiran memasukan Frenkuensi Baru ke dalam Mobil Rig jenis ICOM V8000/ IC 2200

Langkah-Langkah Memasukkan Frenkuensi Repeter
Setting Guna ptt
1. Tekan VFO
2. Tekan Ent C
3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
4. Untuk Masukan minus (-) dan simbol togel (tone)
- tekan 7 - utk dapatkan simbol (-)
- tekan Function -
- tekan 7 - untuk dapatkan simbol (togel)
Untuk Masukan Plus (+)
- tekan 8
- tekan Function
- tekan 8
5. Pilih nilai tone dan Minus (Cth - 600)
- Tekan Set B (berulang kali sehingga jumpa menu tone dan minus yang dikehendaki)
- Untuk dapat nilai tone/minus yang betul -tekan anak panah turun naik
Bila dah dapat semuanya tekan ptt
6. Untuk masukkan Frenkuesi dalam no memory
(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)
Tekan : Function
Tekan : Clr A
Tekan : Pilih No Memory yang kosong (guna turun naik/pusing tombol)
Tekan : Function
Tekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)

7. Akhir sekali tekan MR/Call

Langkah-Langkah Memasukan Frenkuensi Simpleks

Setting Guna ptt

1. Tekan VFO
2. Tekan Ent C
3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
4. Tone/Minus tak perlu set
5. Untuk masukan Frenkuesi dalam no memory
(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)
Tekan : Function
Tekan : Clr A
Tekan : Pilih No Memory yang kosong (guna turun naik/pusing tombol)
Tekan : Function
Tekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)
Akhir sekali tekan MR/Call

Di harap dapat membantu rakan -rakan
panduan oleh 9W2 PKU - Pak Ku mie (SU AKRAB)-kemaskini 7 April 2009

atau merujuk pada laman web Alor Setar Ham Radio di alamat http://ashamradio.com/forum/viewthread.php?forum_id=19&thread_id=105

Untuk lain-lain model radio ICOM boleh merujuk pada laman web pengeluar di alamat http://www.icom.co.jp/world/products/amateur/index.html

Untuk radio jenama Kenwood bolehlah merujuk laman web pengeluar di alamat http://my.kenwood.com/Communications/Amateur_Radio/

Untuk radio Made In Thailand boleh merujuk laman web pengeluar di alamat http://www.tccom.co.th/?langParam=en

Tuesday, May 11, 2010

INTERNATIONAL ROVER MOOT @ PANTAI MERDEKA KEDAH

International Rover Moot yang berlangsung di Pantai Merdeka dari 8-13/5/2010 menghimpunkan ramai pengunjung. Terima kasih kepada Pak Jang Fazil 9W2PJF dan Mizan 9W2XAN yang memuatkan banyak gambar2 menarik dan kreatif buat tatapan semua.


http://picasaweb.google.com/9w2pjf/WorldRoverMootPantaiMerdeka2010?feat=content_notification#

http://9w2xan.blogspot.com/2010/05/international-rover-moot-at-pantai.html



Wednesday, April 21, 2010

KEMBALI BERTEMU SELEPAS 35 TAHUN

Kunjungan pertama penulis ke Pulau Labuan baru baru ini bersama adik Ishak Mat 9W2IMR telah meninggalkan banyak kenangan manis. Dahulu semasa adik Ishak bertugas di Pulau Labuan selama hampir enam tahun dan penulis bertugas di Pulau Langkawi, tidak berkesempatan berkunjung ke Pulau Labuan. Kini setelah kami berdua kembali bertugas di semenanjung barulah ada peluang untuk berkunjung untuk meninjau keindahan Pulau Labuan yang bersejarah.


9W2IMR (kiri) dan penulis 9W2KMC (kanan) di Kg. Patau-Patau 2.

Memang benar Pulau Labuan adalah sebuah pulau yang indah. Dalam perjalanan menikmati keindahan di sekeliling pulau, semasa tiba di Taman Damai iaitu tapak peringatan penyerahan diri tentera Jepun kepada pihak British di akhir zaman perang dunia ke dua dahulu, satu
perkara yang tidak disangka sangka telah berlaku bagaikan mimpi di siang hari. Adik Ishak telah menerima panggilan telefon dari seseorang yang memperkenalkan dirinya Mohd. Desa bin Osman kawan sama sekolah dengan Khalid Mat. Rupa-rupanya Mohd. Desa masih menyimpan nombor telefon adik Ishak yang penulis minta bantuan adik Ishak mengesan kawan lama ini yang dikhabarkan bertugas di Labuan juga. Kebetulan penulis ada bersama adik di situ, terus saja bercakap dengan kawan lama penulis itu. Beliau bagaikan tidak percaya bila penulis memaklumkan yang penulis dan adik sedang berada di Taman Damai, Labuan dan kebetulan pula beliau pun berada di Layang Layangan berdekatan tempat tersebut. Tiga minit kemudian Mohd. Desa pun tiba di lokasi, memang agak mengejutkan kerana penulis sudah tidak dapat mengecam lagi beliau maklumlah sudah 35 tahun tidak ketemu.

Mohd. Desa Osman (kiri) bersama penulis di Taman Damai, Pantai Manikar, Labuan

Sebenarnya tujuan beliau menelefon adik penulis ialah untuk memaklumkan kepada penulis satu pertemuan "reunion" bekas murid-murid Sekolah Menengah Sains Kedah (Sek. Men. Sains Sultan Mohammad Jiwa) sessi tahun 1973-1977 yang akan diadakan pada 5/6/2010 akan datang bersempena dengan usia kami 50 tahun. Dari pertemuan singkat itu barulah tahu rupa-rupanya beliau telah bersara dari TLDM dan terus tinggal menetap di Labuan bersama keluarganya di Tanjung Aru.

Wednesday, April 7, 2010

SEMAKAN RAE 2010-1 PADA 14.4.2010


Tinggal tak berapa hari saja lagi untuk Peperiksaan Radio Amatur 2010-1. Pada yang telah menghantar permohonan tempoh hari boleh membuat semakan samaada nama anda tersenarai atau tidak dalam senarai calon RAE 2010-1 tersebut. Semakan boleh dibuat di laman web MCMC